Sunday 15 August 2010

dalam masa 24 jam

3 lagi kes buang bayi dalam 24 jam


2010/08/14 KUALA LUMPUR: Tiga lagi kes pembuangan bayi dilaporkan dalam tempoh 24 jam di Kelantan, Melaka dan Kuala Lumpur, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Menurut beliau, kejadian terbaru itu telah dimaklumkan kepada beliau tetapi tidak mempunyai butiran lanjut kerana masih menunggu laporan lengkap mengenainya.

Katanya, semua pihak mestilah mengambil sikap serius dan tidak lepas tangan berhubung kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa.

Beliau berkata, isu itu jika tidak ditangani segera akan mengakibatkan kehancuran nilai agama dan budaya dalam masyarakat pada masa depan. “Ini adalah tanggungjawab bersama ibu bapa, keluarga, masyarakat setempat dan pemimpin. Jangan ambil kes ini sambil lewa,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.


Beliau turut menyampaikan sumbangan berupa kelengkapan bersalin, jamu dan kuih raya kepada 170 pesakit di hospital berkenaan. - Bernama




article diambil di harian metro online


aduhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ape ingat baby tu sampah ke yg korang nk buang suka hati korang....ape ye ada kat pale korang ms korang lahirkan bby tu then buang dia.........korang xrs sayu ke hati bl baby tu lahir dpn mata korang...korang xsebak ke hati bl dgr tangisan baby tu..


aku personally sedih+geram bl tgk hasil yg korang tinggalkan... walaupun aku xdgr tangisan bby tu tp aku tau betapa kejamnya korang buat bby tu mcmtu..n aku sokong dgn kerajaan tuk kenakan hukuman mati pada korang yg buang bby...sbb bunuh hukumannya bunuh...

hopefuly psni xda lagi lah kes2 cmgini.... aku 7 bln usaha nk dpt ank...tp korang senang2 buang anak



*korang dlm entry ni ditujukan pd mak bapak baby yg dibuang...