Friday 2 December 2011

eh..eh dah bukak 1cm

31/11/2011

Balik keje perot rasa sakit sangat2...mengeras je perot ni... smpi umah sempat makan tp xda selera...akibat mikirkan kekerasan perot...siap2 ape yg patot... relax2 jap tetb rs lagi kekerasan...ajak en.addy p klinik (honestly kl org lain mayb xp klinik kot sbb xda tanda2 nk bersalin.tp as a couple yg baru dgn experience ni sakit sikit pun rs nk p klinik)... smpi klinik kena reject sbb klinik xnk took risk..dorang soh refer trus spital..oklah kl cmtu p spital...

pengalaman di PAC

firstly kena rs heartbeat bby...slow. asked nurse Y.she said bby tdo..okay sedikit selesa..tiba-tiba nurse goncang perot aku lagi...sbb heartbeat bby slow...ms ni mmg bby tgh mengeras..scale pun ada yg naik turun...tp nurse wat muka biasa je...so aku harap pun oklah...lps dh check heartbeat bby...aku tny nurse ok xbby..nurse kata ok...

stage 2 kena tunggu doc check plak.ms ni dh dkt pkl 11malam...doc tny itu ini, then time tu check bukaan...OMG bukaan dah 1cm..tp doc tny u nk blk or x..aku tny dia blk kalo 1cm nk ke bukaan seterusnya berapa dia kata xtentu might be 4 or 5hari...ok ada ms lagi...sy nk blk lah. tp doc suggest kl sakit lagi segera ke hospital. lps doc check ingat kan dah blh blk rupanya kena tunggu doc pakar plak to review...

jam dah pkl 2pagi (1/12/2011) ms ni doc pakar check n scan...lps doc pakar check baru dia release kan aku tok pulang... dptlah mc 2hari tok rehatkan diri...


tp aku hanya berehat sehari jumaat aku dh gatai p keje......khamis tu pun xdok umah sibuk p merambu ke mid...xpe kan sbb org kata makin kuat jalan makin senang nk bersalin..harap gitulah...

Wednesday 30 November 2011

tanda-tanda bersalin

waktu-waktu camni dh start google pasal tanda-tanda bersalin.  walaupun tau lain orang lain pengalamannya tp xsalah kan kalo kita baca...at least ada gambaran sikit mcm mana tanda bersalin tu.. source dari sini


Tanda-tanda hendak bersalin 

*ada orang yang akan rasa semua keadaan di bawah..tp ada gak yg xrasa keadaan tu..tau2 dh nk bersalin(maybe dorang xperasan kot)

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.


Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.
Bayi turun ke bawah


Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. (lately aku dh rs sakit kat area ni)
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (dah 3weeks mengalami keadaan ni..rasa nk dok dlm toilet je)
  • sakit perut, memulas (dua tiga arini rasa perot memulas..sampai malas nk p keje...okay tau tu cuma ALASAN :) )
  • kerap buang air besar (ni rs cm nk membuang tp kadang2 xda pun)
  • kerap terkentut (haha..memey pun)
*Puan Zura dh blh get ready........okies

Tuesday 29 November 2011

kawan selamanya kita akan kawan..


last friday...lps kerja..blk mandi siap2 then rushing balik rawang...gara-gara mereka ini :

actually kami berempat ni (yg pempuan2)rapat since sek.menengah lagi..see dah beranak pinak pun still kawan lagi..sp kata kt dh ada family sendiri dh xperlu kan kawan...ce angkat tangan (ala2 usop wilcha)eventhough msg2 dh bz dgn life msg2 dgn kerja yg oberload...tp bl ada ms kt perlu kan kawan2 untuk lepak cit cat n gelak2...itu kan lagi bagus dari kt bermasam2 muka kerana kisah dolu2....

* psst... 3weeks to go...mode sgt xkeruan katanya...blurpp